|
|
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Program Amanah Saham Wawasan 2020-Bandar (ASW-2020-Bandar) dengan peruntukan RM100 juta untuk membantu memberi pendapatan tambahan kepada keluarga miskin tegar dan miskin bandar melalui pemberian dividen tahunan dan faedah lain hasil pelaburan itu.
Setiap ketua isi rumah tanpa mengira kaum yang layak serta berdaftar dengan program e-Kasih akan diberikan wang prinsipal pelaburan RM10,000 yang akan tetap menjadi hak milik kerajaan.
Dalam ucapan perasmiannya, Najib berkata, pemberian pelaburan sumbangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu diharap dapat menambah pendapatan golongan berkenaan yang memerlukan bantuan kerajaan.
"Skim saham ini berbeza dengan skim lain di mana mereka menerima dividen dan lain-lain pulangan pada tiap-tiap tahun sepanjang hayat mereka.
"Bagaimanapun, sekiranya pemegang amanah itu meninggal dunia, maka unit itu akan disampaikan kepada orang lain yang memerlukan," katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan di Taman Tasik Titiwangsa di sini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: