Tuesday, June 15, 2010

Penyanyi 'diserang'peminat


CHERYL Cole (dalam bulatan) 'diserang' seorang peminat yang berada di depannya di sebuah hotel di Birmingham kelmarin.


BIRMINGHAM - Penyanyi popular dan juri program realiti televisyen bakat nyanyian, X Factor, Cheryl Cole berdepan situasi mencemaskan apabila seorang peminat mencekau pergelangan tangannya ketikea dia mahu memasuki sebuah hotel, lapor sebuah akhbar semalam.

Peminat tersebut menolak jurukamera akhbar dan mencekau pergelangan tangan Cheryl yang juga bekas isteri pemain bola sepak England, Ashley Cole.

Menurut beberapa saksi, peminat itu memegang pergelangan tangan Cheryl dan enggan melepaskannya semasa merayu penyanyi tersebut memberikan autograf di kulit depan albumnya.

Namun, pengawal-pengawal pengiring Cheryl tersebut menolak peminat tersebut ke tepi bagi memberi laluan untuk penyanyi berkenaan berjalan.

Penyanyi itu kelihatan ketakutan ekoran kejadian tersebut dan dia kemudian diiring oleh beberapa pengawal keselamatan memasuki bilik hotel kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: