Thursday, June 10, 2010

Pengawal berhenti sebab Spears bogel


GAMBAR menunjukkan Flores di belakang Spears semasa dia masih menjadi pengawal peribadinya.


LOS ANGELES - Bekas anggota polis, Fernando Flores berkata, dia meletakkan jawatan sebagai pengawal peribadi penyanyi terkenal, Britney Spears kerana tidak tahan dengan kelakuan pelik penyanyi itu yang pernah berbogel di depannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang rakan Flores yang menyatakan Spears kerap berjalan dalam keadaan bogel sambil memberi isyarat kepada pengawal peribadinya itu supaya memasuki bilik tidurnya.

Menurut rakannya itu, penyanyi itu kerap berlari dalam keadaan bogel sambil menjerit ke arah pengawal-pengawal peribadinya.

Dia berkata, Flores berasa tertekan kerana Spears suka kepadanya berbanding dengan pengawal-pengawal lain.

"Flores akhirnya menghantar notis untuk berhenti kerja pada minggu lalu," kata seorang rakannya.

Menurutnya, Flores yang merupakan duda anak dua akan membuat tuntutan saman yang bernilai berjuta-juta dolar terhadap penyanyi berusia 28 tahun itu kerana melakukan gangguan seksual.

Pada awal bulan ini, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Baby One More Time itu keluar dari rumah tanpa memakai seluar dalam menyebabkan bapanya berasa bimbang dengan kelakuan peliknya.

Sebelum ini, bapa Spears, Jamie pernah melarang anaknya daripada bersiar-siar tanpa memakai coli.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: