Monday, June 21, 2010

Pelajar dibelasah samseng sekolah


AMEER FARHAN menunjukkan SMS didakwa daripada samseng sekolahnya di rumahnya di Ampang semalam.


KUALA LUMPUR - Alasan bergurau, seorang pelajar tingkatan dua, Ameer Farhan Ramlan, 14, pengsan akibat dibelasah di dalam kelas oleh sekumpulan pelajar samseng satu sekolah di Desa Pandan baru-baru ini.

"Ketika saya berada di dalam kelas, mereka telah memanggil dan terus memukul di seluruh bahagian badan saya dan selepas itu mereka menghentak kepala saya ke lantai.

"Mereka kata apa yang dilakukan hanyalah untuk bergurau, tetapi mereka memukul saya hingga bengkak kepala dan pengsan," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Ampang semalam.

Tidak cukup dengan itu dakwanya, pada Selasa lalu, kumpulan pelajar samseng itu sekali lagi bertindak kasar dengan memeras ugut mangsa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: