Thursday, June 10, 2010

Pelaburan ekuiti disiar

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menyiarkan senarai 30 teratas pelaburan ekuitinya dalam syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia secara suku tahunan sebagai langkah ketelusan kepada ahli.

AZLAN...KWSP berpendirian positif
AZLAN...KWSP berpendirian positif
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Seri Azlan Zainol, berkata penyiaran maklumat berkaitan pelaburan itu akan dipaparkan menerusi ruangan Info Pelaburan di laman web myEPF mulai semalam.


“Langkah itu sejajar dengan pendirian positif kami ke arah tadbir urus korporat, yang membolehkan pencarum mengetahui dalam syarikat mana simpanan mereka dilaburkan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.


Menurutnya, ruangan itu yang boleh diakses menerusi laman www.kwsp.gov.my, bertujuan membolehkan pencarum memantau prestasi KWSP dalam pelbagai instrumen kewangan yang dilaburkan.


“Ia turut menyiarkan laporan media mengenai prestasi kewangan setiap suku tahunan, kompilasi laporan tahunan, advertorial laporan tahunan dan kadar dividen,” katanya.


Azlan berkata, bagaimanapun tidak semua maklumat berkaitan pelaburan boleh disiarkan atas sebab-sebab strategik.


“Kami ingin menegaskan kepada ahli bahawa maklumat yang tidak dapat disiarkan kepada umum untuk melindungi kepentingan strategi pelaburan KWSP.


“Ia juga dilakukan bagi melindungi dan meningkatkan pelaburan KWSP untuk manfaat ahli secara keseluruhan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: