Monday, June 7, 2010

PBB syor siasatan antarabangsa terhadap Israel




BAITULMUQADDIS - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon (gambar) akan meneruskan satu sisatan antarabangsa terhadap insiden rampasan kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara oleh pasukan komando Israel yang mengakibatkan sembilan aktivis kebanyakannya warga Turki terbunuh.

Panel itu akan diketuai oleh bekas Perdana Menteri New Zealand, Geoffrey Palmer selain wakil-wakil dari Turki, Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Ban telah membincangkan perkara tersebut dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan.

Netanyahu juga dikatakan mengadakan mesyuarat bersama menteri kabinet kanannya semalam untuk berbincang sama ada Israel akan mengambil bahagian atau sebaliknya.

Para pemimpin Israel secara terbuka bahawa akan menjalankan siasatan bersama pemerhati antarabangsa berkaitan insiden di atas kapal Mavi Marmara pada Isnin minggu lalu.

Israel juga dikatakan mahu memastikan sama ada kerajaan Turki membiayai kapal Mavi Marmara yang beberapa orang aktivisnya didakwa menggunakan pisau untuk menyerang dan menyebabkan tujuh orang komando Israel cedera.

Sabtu lalu, Israel merampas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Rachel Corrie. Namun, tiada sebarang keganasan dilaporkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: