PATTAYA - Sekumpulan pegawai dan anggota polis antipenyeludupan manusia Thailand melakukan serbuan di sebuah kediaman peribadi di sini semasa satu parti seks melibatkan aktiviti bertukar-tukar pasangan diadakan, lapor Pattaya Daily News semalam.
Polis melakukan serbuan setelah diberitahu bahawa satu perhimpunan seks haram sedang berlangsung di Banglamung di sini semalam.
Semasa serbuan, polis menangkap 13 suspek terdiri daripada wanita dan lelaki yang sedang berada dalam keadaan bogel selain merampas enam paket kondom, sebuah telefon bimbit dan pelbagai peralatan perangsang seks.
Pemilik kediaman dan pengendali laman web yang mengundang tetamu ke parti itu ialah Thitphat Watthakawimon yang mengaku kepada polis bahawa dia mengundang orang ramai di laman berkenaan bagi menghadiri parti tersebut.
Kesemua yang ditangkap itu akan didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dan memiliki peralatan seks secara haram.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: