Monday, June 14, 2010

Padang kriket jadi khemah


SEJUMLAH khemah yang didirikan untuk penyokong skuad Australia di Durban.


DURBAN - Kira-kira 1,500 penduduk Australia tidur dalam ratusan khemah yang didirikan di sebuah padang kriket di sini sepanjang pasukan bola sepak negara mereka bertanding pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Gerai-gerai makanan dan minuman turut disediakan di kawasan khemah mereka yang terletak di Padang Kriket Sahara Kingsmead di sini.

Menurut pengarah syarikat Edusport yang mendirikan khemah itu, Ed Hill, peminat-peminat bola sepak dari Australia mahu tinggal dalam kelompok mereka sendiri.

"Mereka (peminat-peminat Australia) menganggap tinggal di dalam sebuah kem bersama rakan senegara akan menjadikan pengalaman lebih menarik. Peminat-peminat Australia telah melakukannya di beberapa negara lain," katanya.

Khemah itu dilengkapi dengan katil, lampu yang boleh dicaj semula, cadar, tandas bergerak dan tempat mandi.

Namun, dia enggan mendedahkan kos yang perlu dibayar oleh pelancong Australia itu untuk tidur di dalam khemah pada musim sejuk.

Pasukan bola sepak Australia berada dalam kumpulan D bersama, Jerman, Ghana dan Serbia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: