Tuesday, June 22, 2010

Omar kembali bertemu anak-anak


OMAR mencium cucunya, Mohd. Zafran Hakim di rumahnya di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Gembira dalam terkilan. Akhirnya, Omar Atan, 59, bertemu semula anak-anak dan menjejak semula kaki di rumahnya di Rancangan Perumahan Awam di sini sebagai manusia bebas setelah setahun menjadi tahanan di Penjara Puthong, Vientiane, Laos.

Dalam masa yang sama, Omar turut terkilan kerana peristiwa penahanannya telah menyebabkan isteri tercinta, Siti Zaleha Abdullah, 47, meninggal dunia.

Omar yang merupakan seorang peniaga berkata, selepas sehari memasuki rumahnya kelmarin, dia masih bingung dan belum dapat merancang masa depannya kerana terpaksa hidup tanpa isteri di sisi.

"Biasanya dahulu, kalau berniaga atau hendak ke mana-mana saya mesti bersama isteri tetapi kali ini sudah berbeza sehingga saya tidak tahu apa hendak buat.

"Saya juga ibaratkan hidup saya telah patah kaki kerana van dan kereta saya telah dijual oleh isteri," katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: