Thursday, June 24, 2010

Nyanyi di koridor dapat kontrak RM4.8j


JOANNA MARIE SKILLET tidak menyangka diberi tawaran untuk menjadi artis IMA Production.


LONDON - Seorang remaja wanita yang menjenguk rakan-rakan untuk memberi sokongan dalam satu uji bakat bertukar sebaliknya apabila dia menerima tawaran kontrak menjadi artis rakaman bernilai £1 juta (RM4.8 juta).

Joanna Marie Skillet yang merupakan seorang bekas penyanyi koir bersuara soprano menerima tawaran sekali seumur hidup itu selepas berpeluang bertemu dengan pihak pengurusan muzik IMA Production. Pelajar Royal Academy of Music itu disifatkan oleh IMA Production sebagai Katherine Jenkins yang seterusnya.

Pengurusan muzik IMA Production pada asalnya datang ke akademi itu untuk mencari sebuah kumpulan penyanyi lelaki. Tetapi mereka dipujuk supaya mendengar suara Skillet yang berusia 22 tahun oleh pensyarahnya.

"Saya rasa rendah diri dan sangat bertuah. Saya juga teruja kerana boleh membuat persembahan di pentas-pentas besar. Setakat ini, kami sudah menghasilkan tiga buah lagu untuk album pertama," ujarnya.

"Kami berjumpa di koridor. Dia menyanyikan sebuah lagu berirama capella. Saya tidak pernah dengar suara seperti itu," kata Jake Hook dari IMA Production yang turut bekerjasama dengan bintang-bintang lain seperti Lesley Garrett, Blake dan The Soldiers.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: