Thursday, June 24, 2010

Minta duit bekas kekasih

MARILYN ingat, lepas pasangan selebriti ini berkahwin, sudah lenyap cerita-cerita negatif mereka. Terutama cerita negatif isteri penyanyi, pelakon dan penerbit muda ini. Rupanya, masih ada banyak lagi cerita kurang enak pasal si isteri yang cantik ini.

Khabarnya, walaupun sudah berkahwin dengan penyanyi ini, si isteri masih menghubungi bekas teman lelakinya yang memang terkenal kerana kekayaan dan pangkatnya. Sumber memberitahu, si isteri ini bukan telefon suka-suka bertanya khabar seorang kawan, sebaliknya telefon dengan tujuan.

"Aku dengar cerita, dia telefon bekas kekasihnya untuk minta duit sebab tak dapat kemewahan seperti mana dia dapat sebelum ini sewaktu bersama bekas kekasihnya. Paling terkejut, aku dapat tahu, dia juga berbual berunsurkan seks dengan bekas kekasihnya," kata sumber Marilyn.

Ish, Marilyn tak beranilah nak komen. Kadang-kadang mulut orang ini kita bukan boleh percaya sangat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: