KESIHATAN Luna Maya (gambar) terganggu apabila dia begitu terkejut selepas dua hari penyebaran video porno miripnya dengan bekas vokalis Peterpan, Ariel.
Ketika mengendalikan program Dahsyat kelmarin, wajah Luna dilaporkan kelihatan sedikit pucat dan bintang iklan sabun mandi itu meminta izin untuk pulang cepat.
"Dia minta izin pulang cepat kerana sakit," kata penerbit Dahsyat, Oke Jahja, kepada detikhot.com di studio RCTI, Kebon Jeruk, Jakarta Barat kelmarin.
Tambah Oke, mungkin Luna sakit kerana terkejut melihat berita tentang dirinya di media massa.
"Berita ini mungkin membuatkan dia agak terkejut sedikit. Tetapi dia pasti boleh menghadapinya," ujar Oke.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: