|
|
MENDENGAR kekasihnya Ariel ditangkap polis, Luna Maya menangis tidak berhenti-henti. Dia memikirkan nasib teman lelakinya itu terpaksa menginap di sebalik jeriji besi.
Kesedihan itu diluahkan Luna kepada teman rapat yang sama-sama menjadi pengacara program di sebuah stesen televisyen tempatan iaitu Olga Syahputra.
Walaupun Luna kini bercuti panjang, tetapi menurut Olga, mereka masih lagi berhubung dan Luna menyatakan dia sangat sedih dengan kejadian tersebut dan menangis berterusan.
Olga berharap kes berkenaan akan selesai dengan segera kerana tidak sanggup lagi melihat kesedihan yang melanda temannya itu.
Namun kata Olga, Luna tidak pernah menceritakan kes video seks yang menyeret namanya dan Ariel serta seorang lagi artis Cut Tari.
Olga juga sedih Ariel atau Nazriel Izham yang kini dijadikan suspek pembikinan dan pengedaran video lucah tersebut.
Dalam pada itu seorang artis Maria Eva yang pernah tersiar fotonya tanpa busana pada 2006, menyarankan Luna Maya supaya meminta maaf kepada masyarakat.
“Lebih baik dia minta maaf seperti aku dulu. Walaupun terasa sangat berat. Aku berusaha tegar lahir batin meminta maaf kepada masyarakat,” ujar Maria.
Menurut penyanyi dangdut itu, meminta maaf adalah cara termudah untuk bertanggungjawab atas perbuatan dua artis popular itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: