Friday, June 4, 2010

Lagi kanak-kanak mati didera

GOMBAK - Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera oleh ibu serta teman lelakinya dalam satu kejadian di sebuah apartmen dekat Sentul di sini semalam.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sejurus dimasukkan ke Hospital Selayang selepas dihantar oleh ibunya pada pukul 2.45 petang apabila mendapati dia berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi berkata, doktor di hospital berkenaan membuat laporan polis selepas curiga dengan kesan kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut.

"Berdasarkan pemeriksaan didapati ada beberapa kesan lebam pada badan mangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: