|
|
YORK - Sepasukan pakar arkeologi menemui kawasan perkuburan mengandungi hampir 80 rangka lelaki dipercayai gladiator dari empayar Rom yang disemadikan di utara England ribuan tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Serpihan tulang berusia 2,000 tahun itu menunjukkan lelaki tersebut dibawa dari empayar Rom untuk berlawan di utara England.
Seorang pegawai penyelidik Yayasan Arkeologi York, Kurt Hunter-Mann berkata, puluhan rangka lelaki itu mempunyai tanda-tanda luka akibat mengalami banyak kecederaan termasuk ditetak dengan kapak di kepala.
Saintis pada mulanya menyangka tanah perkuburan purba di utara England itu menempatkan mangsa pembunuhan beramai-ramai sebelum mendapati tengkorak sebahagian besar rangka berkenaan dipenggal selain mempunyai kesan gigitan harimau.
Rangka bertubuh sasa itu menyerupai gambaran pahlawan Rom seperti dilakonkan aktor terkenal Australia, Russel Crowe menerusi filem epik sejarah Gladiator.
Analisis tulang menunjukkan galdiator itu diimport oleh empayar Rom dari pelbagai tempat termasuk di Afrika dan kawasan sekitar Mediterranean.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: