KUALA LUMPUR - Kru kapal MV Rachel Corrie berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam misi mereka memasuki Semenanjung Gaza.
Menurut ketua ekspedisi, Shamsul Akmar Musa Kamal, pihaknya sentiasa berkumpul bersama dan bermesyuarat untuk membincangkan bentuk tindakan yang wajar diambil sekiranya situasi buruk menimpa.
"Bagaimanapun, kami tidak akan mengambil sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
"Kami tidak akan melawan (sekiranya diserang), sebaliknya mengikut arahan. Kalau disuruh duduk kami duduk, kalau tangan kami diikat, kami tidak akan membantah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: