Sunday, June 20, 2010

Komen Nurul bikin panas Hatta-Zery


ALYAH


BUKANLAH nak kata Diva yang masih melentik ini tidak pernah mengkritik orang lain tapi lazimnya kritikan Diva ada sebab yang munasabah.

Ini kisah si penyanyi Nurul Huda Wahab mengkritik fesyen yang digayakan beberapa model dengan menyatakan busana itu hanya sesuai dipakai ke Pulau Sentosa untuk mengunjungi kasino. Tak tahulah apa tujuan komen 'naif' yang dibuat oleh Nurul seperti yang dibuat dalam laman Facebook.

Perihal menyelar itu satu hal. Satu hal lagi, kisah itu sudah disilap lapor oleh sebuah akhbar (bukan Kumpulan Utusan) yang mendakwa Nurul mengkritik baju rekaan Hatta Dolmat. Busana berhias daun terup itu sebenarnya rekaan Zery Zamry.

Bila nama Hatta disebut, apa lagi, naik anginlah si pereka kecil molek itu, lalu berlakulah episod mempertahankan diri yang berapi-api di laman sosial Facebook Hatta. Alahai kerana kritikan Nurul, banyak pihak pula yang terlibat dan tersilap lapor!

Hari ini, Diva cuma terpanggil nak mencelah kerana hasil kreativiti Zery itu pernah disiarkan dalam surat khabar tempat Diva tumpang cari makan ini . Ketika itu, penyanyi kecil molek, Alyah dipakaikan koleksi Zery itu yang bertemakan Gaga In Wonderland.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: