Wednesday, June 2, 2010

Kesemua 13 ahli kumpulan ikrar kekal bersama

Kumpulan popular dari Seoul, Korea mencipta nama yang tersendiri dalam sejarah penubuhan kumpulan nyanyian apabila mempunyai ahli paling ramai dalam satu kumpulan iaitu 13 orang. Walaupun sudah cukup dikenali dengan sejarah penubuhan, mereka tetap teringin menjadi kumpulan paling lama bersama dalam sejarah industri hiburan.

Biarpun setiap ahli mempunyai bakat lain dalam bidang lakonan serta pengacara, mereka gagal menolak imej sebagai kumpulan Super Junior ataupun digelar SuJu di kalangan peminat.

Album ketiga mereka yang bertajuk “Sorry, Sorry” telah berjaya dijual sebanyak 250, 000 unit pada tahun lalu manakala album keempat bertajuk “Bonamana” yang dikeluarkan baru-baru ini telah terjual sebanyak 200, 000 unit.

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini bagaimana pun tetap mempunyai masalah dalaman yang tidak dapat dilihat dari mata kasar peminat-peminat mereka. Misalnya, Kang In telah ditahan baru-baru ini kerana memandu dalam keadaan mabuk dan merancang untuk menyertai tentera, Han Kyung yang berasal dari China mempunyai program bersama agensinya, SM Entertainment untuk satu projek khas,

Manakala Ki Bum tidak dapat menyertai album keempat kerana kesibukan dengan tugas-tugas lain dan Choi Si Won terpaksa menjalani pembedahan kerana jangkitan pada kelenjer air liurnya.

Walaupun mempunyai beberapa masalah, salah seorang ahli kumpulan itu tetap mengharapa Super Junior terus dikenali dan bersama malah berharap kumpulan ini akan terus bersama sampai bila-bila.

Super Junior adalah sebuah kumpulan boy band dengan 13 ahli yang berasal dari Seoul, Korea Selatan. Ahli-ahli Super Junior terdiri Leeteuk (ketua), Heechul, Han Kyung, Yesung, Kang-in, Shindong. Sungmin, EunHyuk, DongHae, Siwon, Ryeowook, Kibum dan Kyuhyun. Di antara ahli-ahli Super Junior, terdapat seorang ahli yang berasal dari China yang terpilih melalui ujibakat di China yang dikendali oleh SM Entertainment pada tahun 2001 iaitu Han Kyung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: