KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui bimbang kemungkinan segelintir daripada 6,000 pelajar Malaysia di luar negara terutama Mesir terlibat dengan kegiatan militan.
Justeru, pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan pelajar terbabit terutama yang mengambil jurusan agama.
"Pemantauan lebih ketat dilakukan melalui khidmat pegawai-pegawai yang ditempatkan di kediaman pelajar. Kita bimbang ekoran pendedahan terbaru oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mengenai gerakan terbaru Jemaah Islamiyah (JI).
"Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat jihad yang tinggi tetapi apa yang kita khuatir semangat itu disalah tanam oleh pihak-pihak tertentu," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Muzium Kesenian Islam di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: