
ADELAIDE, Australia - Sepasukan saintis semalam terbang ke pedalaman Woomera, Australia dan menemui sebuah kapsul kapal angkasa milik Jepun yang diharap mengandungi sampel asteroid sekali gus memberi maklumat mengenai evolusi sistem solar.
Kapsul itu dibawa oleh kapal peninjau Hayabusa yang kembali ke bumi selepas tujuh tahun mengharungi penerbangan sejauh enam bilion kilometer dan separuh terbakar ketika berada di bumi.
Sebelum ini kapal angkasa itu mendarat di atas sebuah asteroid dan kembali ke bumi.
Seorang pegawai dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun, Seiichi Sakamoto menyatakan pihaknya gembira kerana berjaya menemuinya.
Hayabusa berjaya mendarat sebanyak dua kali di atas asteroid yang diberi nama Itokawa pada tahun 2005.
Ia merakamkan gambar dari semua sudut di atas asteroid yang berukuran 500 meter panjang itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: