NEW DELHI: Wanita yang menjadi ibu paling tua dengan melahirkan anak 18 bulan lalu pada usia 70 tahun, kini terlantar sakit.
NAVEEN dan ibunya, Rajo yang terlantar sakit.
Rajo berkata: “Saya impi untuk mempunyai anak sepanjang hidup saya. “Saya tidak menyesal sakit kerana melahirkan anak. Sekurang-kurangnya cita-cita saya untuk mempunyai anak sudah tercapai,” katanya.
Dia kini begitu lemah hingga tidak upaya untuk memangku, jauh sekali mendukung anaknya, Naveen.
Doktor Anurag Bishnoi yang melakukan permanian berhadas terhadap Rajo berkata, kesihatan wanita itu tidak ada kaitan dengan kehamilannya.
Bagaimanapun, katanya, sekurang-kurangnya Rajo akan mati dengan rasa puas kerana dapat melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: