MANDURAH, Australia - Bersenjatakan sebilah pisau panjang, seorang perompak menyangka dia akan dapat menyamun sebuah kedai di Australia dengan mudah, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, tanpa diduga, perompak bertopi itu tumpas dengan mudah di tangan seorang pekerja kedai berkenaan yang merupakan ibu beranak satu, Amanda Williams.
Semasa perompak itu mengacukan pisau ke leher, Amanda, 40, dengan spontan mencengkam pergelangan tangan lelaki tersebut dan melepaskan tendangan lutut ke kemaluannya sebelum meminta pertolongan daripada orang ramai dalam insiden pada 28 Mei lalu itu di sini.
Rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kemudian menunjukkan perompak itu diberkas oleh orang ramai sebelum dia diserahkan kepada polis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: