Wednesday, June 2, 2010

Hutan Simpan Johol diceroboh


KEADAAN lereng bukit yang ditarah oleh peneroka haram di Hutan Simpan Johol, Negeri Sembilan semalam.


REMBAU - Kira-kira lima hektar kawasan Hutan Simpan Johol, dekat sini musnah dipercayai akibat diteroka secara haram sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan Kosmo! ke lokasi yang terletak di Bukit Miku, di antara sempadan Rembau dan Kuala Pilah itu semalam mendapati hutan itu kini gondol apabila pokok-pokok balak termasuk yang berusia ratusan tahun telah ditebang.

Terdapat juga tiga buah pondok yang dibina di lokasi itu dan kesan penerokaan haram tersebut jelas kelihatan ketika melalui jalan Inas-Johol.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, aktiviti berkenaan sudah berlarutan sejak hujung tahun lalu.

"Saya difahamkan hutan itu ditebang untuk aktiviti pertanian dan dijadikan lokasi penempatan Orang Asli.

"Saya tidak pasti sama ada aktiviti itu mendapat kebenaran pihak berkuasa atau tidak tetapi saya sedih kerana kawasan hutan ditebang serta dibakar begitu sahaja," katanya ketika ditemui semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: