AMPANG - Polis menumpaskan satu kumpulan yang dikenali sebagai 'Geng Fendy' yang disyaki terlibat dalam lebih 50 kes samun dan pecah rumah di sekitar ibu negara dengan penangkapan lima lelaki warga Indonesia.
Mereka yang dipercayai bergiat aktif sejak 2009 itu menyasarkan rumah golongan elit sebagai mangsa dan terbaru melibat seorang wanita di Taman Keramat di sini yang kerugian hampir RM30,000 dalam kejadian pada 10 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, kumpulan itu berjaya dikesan ekoran tiga lelaki warga Indonesia ditahan di Taman Keramat semasa berlegar-legar dengan sebuah kereta jenis Myvi pada Rabu lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: