Sunday, June 27, 2010

Ganti Tambak Johor - Sultan


Sultan Ibrahim bersama isteri, Raja Zarith Sofiah dan Muhyiddin melawat tapak pameran pada Kembara Mahkota Johor 2010 di Kulaijaya semalam.


JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mahu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan asal pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Baginda bertitah, berdasarkan sejarah lalu, Tambak Johor amat penting kepada rakyat malah institusi kesultanan Johor sejak pemerintahan terdahulu sentiasa memberi sokongan terhadap usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Berdasarkan kepada kepentingan Tambak Johor kepada rakyat, maka keluarga saya sejak zaman moyang, Almarhum Sultan Ibrahim sehingga ayahanda saya, Almarhum Sultan Iskandar sentiasa memberi sokongan kepada usaha menaik taraf Tambak Johor.

"Saya ingin menyeru Kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat di negeri Johor," titah baginda ketika merasmikan bangunan JB Sentral dan melancarkan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: