RANCANGAN Galaksi Sharp yang dikendalikan hos popular Johan Raja Lawak sedang bersiaran di Astro Ria mulai 26 Mei sehingga 18 Ogos 2010.
Pengarah Urusan Sharp-Roxy Sales & Services Co. (M) Sdn Bhd, Hiroyuki Nuizato melancarkan rancangan Galaksi Sharp di The Laundry, The Curve pada 25 Mei lalu.
Ia adalah rancangan televisyen 13 episod bercorak game show, Galaksi Sharp.
Dalam ucapannya, Mr.Hiroyuki Nuizato berkata: “Idea untuk meghasilkan rancangan televisyen, Galaksi Sharp ini adalah selari dengan hala tuju baru syarikat terutamanya bagi membina jenama Sharp di Malaysia."
Perkataan Galaksi yang digunakan bagi tajuk rancangan ini merupakan satu metafora bagi dunia Sharp, di mana masyarakat daripada pelbagai latar belakang kehidupan boleh melayari pengalaman bersama jenama Sharp.
Sharp bukan sahaja memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian pengguna, malah kini menjadi sebahagian daripada komponen tersendiri di dalam keharmonian keluarga, seiring dengan kemajuan informasi serta teknologi dunia.
Rancangan Galaksi Sharp yang membawa motto Berhibur Sambil Beramal juga akan menampilkan selebriti Malaysia yang popular di pentas serba canggih dan mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bertanding dalam tiga segmen permainan yang dinamakan Tajam Jelas, Tajam Pantas dan Tajam Tepat.
Setiap segmen akan meguji kecekapan, ketepatan dan kepantasan peserta dan markah akan diberi megikut jawapan betul yang diberikan. Setiap kumpulan akan diwakili 2 selebriti dan kumpulan yang mempunyai markah tertinggi akan dinamakan pemenang setiap episod.
Tema bagi setiap episod adalah berdasarkan mesin masa yang dikendalikan hos rancangan. Kesemua kostum, props, lagu dan dansa adalah elemen penting di dalam konsep rancangan Galaksi Sharp dan tema-tema tersebut akan diterapkan di dalam setiap episod program.
Dalam setiap episod, peserta akan digayakan dengan kostum yang bersesuaian mengikut tema dan konsep minggu tersebut. Tema-tema yang diterapkan dalam rancangan Galaksi Sharp adalah seperti budaya Jepun, 1001 Malam (Arab), Western cowboy, Pop Yeh Yeh, Disco, Lanun, Rock Kapak, Superheroes, Hantu dan Hang Tuah.
Rancangan baru yang kreatif dan menyeronokkan ini menampilkan ramai selebriti berbilang bangsa seperti hos terkenal Azwan Ali, Hujan, Nabil, Elyana, Raja Azura, Angeline Tan, Sepah, Dafi, Kish Vin, Rama, Adeline Tsen, Farawahida, Ezlyn, Black dan ramai lagi.
Pada penghujung setiap episod, satu sesi penyampaian cek diadakan di mana pihak pengurusan Sharp menghulurkan derma ikhlas kepada rumah anak-anak yatim terpilih sebagai tanda tanggungjawab sosial korporat Sharp.
Sumbangan ini juga merupakan tanda penghargaan Sharp ke atas sokongan yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap jenama Sharp selama ini.
Dengan semangat penuh keikhlasan, majlis pelancaran Galaksi Sharp juga menyaksikan pemberian cek kepada lima rumah kebajikan yang dipilih pihak Sharp.
Hiroyuki serta tetamu terhormat Pengurus Besar Sharp, N.L. Lim dan Pembantu Pengurus Besar, Takaya Wakasumi telahpun menyampaikan cek pada rumah-rumah kebajikan.
Antaranya, Pertubuhan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam, Sungai Besar; Good Samaritan Home, Lebuh Jelutong, Klang; Yayasan Anak Anak Yatim Pinggir, Taman Tun Dr Ismail; Baitul Kasih, Bukit Rahman Putra,Sg Buloh dan Shelter, Petaling Jaya, Selangor.
”Bagi memastikan rancangan ini menerima sambutan yang meriah kami telah menghaslkan beberapa mekanisma promosi seperti promo program ASTRO, tag-on jenama, pengklanan luar, pengiklanan di media cetak, majalah dan radio. Bukan sahaja untuk menambat hati penonton tetapi untuk mengukuhkan lagi jenama Sharp,” kata Hiroyuki.
Rancangan game show (permainan) ini juga adalah selari dengan tujuan utama Sharp untuk menjadi jenama yang sinonim di hati masyarakat. Selain daripada medium komunikasi seperti media cetak, elektronik dan pengiklanan luar, melalui program TV baru ini, Sharp berharap untuk dapat mendekati lagi masyarakat secara efektif dan menyeluruh.
Untuk memastikan rancangan Galaksi Sharp dilaksanakan dengan penuh semangat profesionalisma dan kreatif, pihak Sharp telahpun melantik Agensi Media & Kreatif, MagicDreams Media Sdn Bhd untuk berkerjasama dalam mengeluarkan sebuah rancangan TV yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mementingkan aspek beramal pada yang memerlukan, selari dengan pendirian jenama Sharp.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: