Sunday, June 20, 2010

Festival jualan Jakarta bermula meriah


SALAH sebuah pusat beli-belah di Jakarta yang diterangi pertunjukan bunga api secara serentak kelmarin.


JAKARTA - Pertunjukan bunga api serentak di empat buah kompleks beli-belah terkenal iaitu di Atrium Plaza Senen, Arion Mall, Mall of Indonesia dan Blok M mewarnai kemeriahan festival tahunan jualan mega Jakarta yang bermula kelmarin.

Acara selama sebulan itu melibatkan penyertaan 67 buah pusat beli-belah dan 1,200 premis perniagaan di seluruh wilayah Jakarta yang menawarkan potongan harga sehingga mencecah 80 peratus dengan sasaran jualan runcit 7.2 trilion rupiah (RM2.6 bilion).

Gabenor Jakarta Pusat, Fauzi Bowo merasmikan festival itu disusuli persembahan bunga api berterusan di 33 buah kompleks beli-belah yang juga mencatat rekod pertunjukan bunga api terbesar oleh Muzium Rekod Dunia Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: