WINDSOR LOCKS, Amerika Syarikat (AS) - Sebahagian penumpang menjerit manakala tiga lagi pengsan kerana mereka tidak dibenarkan keluar dari sebuah pesawat penerbangan milik syarikat Virgin Airlines selepas ia mendarat pada pukul 8.20 malam di sebuah lapangan terbang kecil di sini kelmarin.
Punca kejadian itu berlaku adalah kerana lapangan terbang tersebut tidak mempunyai kemudahan untuk menerima pendaratan sebuah pesawat syarikat antarabangsa seperti Virgin Arlines yang singgah sebentar kerana cuaca buruk.
Penumpang-penumpang terpaksa duduk di dalam pesawat yang membawa 300 penumpang dan 14 krew itu selama lebih empat jam tanpa makanan, minuman dan penyaman udara.
Sebahagian penumpang yang panik menjerit di dalam pesawat manakala tiga lagi pengsan ekoran suhu dalam kabin yang panas kerana menunggu ketibaan pegawai-pegawai kastam dan imigresen datang semula ke lapangan terbang tersebut selepas mereka pulang.
"Kami berada di lapangan terbang itu selama berjam-jam tanpa penyaman udara. Ia gila. Memang gila," kata seorang penumpang yang menaiki pesawat tersebut dari London ke Newark.
Pengalaman ngeri itu berakhir selepas para penumpang diarah keluar dengan menaiki beberapa buah bas manakala mereka yang pengsan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: