Eminem, 37 atau nama sebenarnya Marshall Mathers bersungguh ketika menjawab pertanyaan media mengenai bagaimana dia boleh membantu orang lain yang mengalami masalah ketagihan dadah sepertinya.
“Ia mengambil masa untuk saya mengakui yang saya mempunyai masalah.
“Saya tidak tahu cara menghindarinya, pastikan anda berada di jalan yang betul, mengambil keputusan yang betul dalam hidup kita. Kemasyhuran adalah satu perkara yang lucu, terutamanya kepada aktor, pemuzik, rapper, penyanyi rock yang akan mudah hanyut dalam arus kehidupan, pergi ke bar, kelab malam melakukan perkara yang sama seperti orang lain,” katanya.
Eminem mengaku penyanyi ternama, Sir Elton John adalah nadi kepada keputusannya mengubah gaya hiodup negatif itu.
Katanya, dia mendapat sokongannya positf daripada Elton John dalam usahanya menghilangkan ketagihannya kepada ubat penahan sakit.
“Kami menjadi kawan dan banyak berbincang dalam pelbagai perkara termasuk karier.
"Saya menelefonnya mengenai perkara ini kerana beliau mempunyai pengalaman dan tahu cara untuk menghadapinya dalam kehidupan ini.
“Kami mempunyai persamaan dalam kehidupan ini. Sebab itulah saya menghubunginya dan memberitahunya, saya mempunyai masalah dan perlukan nasihat awak (Elton John),” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: