
PESERTA Ekspedisi Kembara Ke Bumi Suci berehat semasa dalam perjalanan di Turkmenistan kelmarin.
KUALA LUMPUR - Ekspedisi 1Malaysia Kembara Ke Bumi Suci 2010 telah melakukan 60 peratus keseluruhan perjalanan dan dijangka tiba di tanah suci Mekah pada tarikh yang dijadualkan.
Ketua Ekspedisi, Mohamed Assir A. Mohamed Ariff berkata, pengembaraan yang dilakukan berjalan lancar melalui kerjasama berpasukan dan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta untuk menamatkan misi.
"Semangat peserta amat tinggi dan mereka merupakan pasukan yang boleh diharapkan. Hingga ke hari ini kami telah melakukan perjalanan sejauh 12,272 kilometer sejak bertolak dari Kuala Lumpur," katanya melalui e- mel semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: