|
|
TAIPEI -Syarikat Taiwan, AsusTek Computer Inc. semalam memperkenalkan komputer tablet Eee Pad yang menggunakan sistem operasi Windows 7 keluaran Microsoft dalam usaha syarikat itu untuk menyaingi pasaran komputer mudah alih yang didominasi komputer iPad.
Eee Pad yang memiliki fungsi skrin sesentuh, kamera web dan perisian multimedia, didatangkan dengan saiz 25.4 sentimeter (sm) serta 0.5sm dengan dijadualkan memasuki pasaran pada suku pertama 2011.
Komputer tersebut yang akan diperkenalkan pada pameran komputer Computex Show di sini hari ini, akan dijual pada harga AS$399 (RM1,313) hingga AS$449 (RM1,642) untuk saiz 25.4sm berbanding AS$499 (RM1,642) hingga AS$699 (RM2,301) bagi iPad.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: