|
|
LOS ANGELES - Selepas keguguran tahun lepas, hasrat penyanyi dari Kanada, Celine Dion untuk menambah cahaya mata menjadi kenyataan apabila dia dan suaminya mengumumkan kehamilan bayi kembar.
Suami penyanyi itu yang juga pengurusnya, Rene Angelil memberitahu majalah People bahawa Dion, 42, telah mengandung 14 minggu selepas menjalani enam percubaan persenyawaan vitro.
"Kami sangat gembira. Dion hanya mengharapkan kandungannya sihat. Dia hanya berharap untuk seorang bayi tetapi berita mengenai sepasang kembar merupakan kegembiraan berganda," kata Angelil, 68.
Dion dan Angelil mempunyai seorang anak berusia sembilan tahun, Rene Charlas diperoleh menerusi kaedah pensenyawaan vitro.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: