Wednesday, June 16, 2010

Cuaca panas antara punca harga ayam naik


KERATAN Kosmo! 13 Jun 2010.


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) memberi alasan kenaikan harga ayam di pasaran ketika ini berpunca daripada cuaca panas.

Selain menjejaskan mutu makanan ayam, cuaca yang lebih panas sejak kebelakangan ini berbanding biasa turut menjejaskan tumbesaran ternakan tersebut.

Perunding Eksekutif FLFAM, Dr. Abdul Rahman Md. Salleh berkata, keadaan tersebut menyebabkan pemborong menghadapi masalah untuk mendapat bekalan ayam dalam jumlah yang dikehendaki.

"Akhirnya mereka terpaksa membeli ayam pada harga yang lebih tinggi sebelum mengagihkannya kepada peruncit dengan harga lebih tinggi sedikit berbanding biasa.

"Malangnya harga ayam naik serentak dengan cuti sekolah,'' tegasnya ketika dihubungi Kosmo!.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: