LONDON: Pemain pertahanan England dan Chelsea, Ashley Cole, dilaporkan menjalin hubungan intim dengan bekas penari bogel yang seiras isterinya, Cheryl.
PACAR BARU...Sarah yang dilihat memiliki banyak persamaan dengan Cheryl.
Sejurus sebelum berangkat bersama skuad bola sepak England untuk memulakan kempen Piala Dunia mulai hujung minggu ini, Cole diberikan ‘ucap selamat istimewa’ sebaik wanita itu tiba di rumah bujangnya menjelang tengah malam Selasa.
Jiran berkata, Sarah tiba dengan seluar jeans hitam, weskot ketat dan baju bulu biri-biri dan hanya pulang dua jam kemudian.
Dari tingkap atas, Cole didengar mengucapkan kata-kata: “Jumpa lagi, si pinggul seksi!” Beberapa jam kemudian, Cole, 29, terbang ke Afrika Selatan bersama rakan sepasukannya.
Menurut akhbar tabloid Britain, Cole jatuh hati kepada Sarah selepas bertemu secara kebetulan di sebuah kelab malam.
Sejak itu, sumber berkata, mereka saling berhubung setiap hari dan Sarah menjadi pendorong kepada Cole menghadapi detik perceraian dengan Cheryl.
Pasangan Cole - Cheryl dijangka berpisah secara rasmi tidak lama lagi.
Penyanyi Girls Aloud itu pernah dikaitkan dengan vokalis Black Eyed Peas, Will.I.Am, selain penari, Derek Hough, yang menjadi peneman malamnya beberapa hari lalu.
Selepas agak lama bermuram durja, Cole kini dikatakan kembali pulih dan memulakan hidup baru bersama Sarah.
“Hubungan mereka kini amat hangat dan Sarah benar-benar teruja walaupun banyak berahsia mengenainya,” kata sumber itu.
Sejurus bertemu kali pertama, Sarah didakwa bermalam dengan Cole dan segala-galanya berlangsung dengan romantik.
Katanya, Cole memberi layanan sangat istimewa kepada Sarah. “Cole bukan lelaki seperti disangka ramai orang,” katanya.
Sementara itu, kata sumber, sesetengah pihak berpendapat penampilan Sarah hampir menyamai Cheryl.
“Bagaimanapun, ia hanya tanggapan orang, sedangkan Sarah bukan mahu meniru Cheryl,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: