SOUTHAMPTON - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun berharap dapat mengumpulkan derma beribu-ribu pound sterling supaya seekor anak kuda padi jantan kesayangannya yang dilahirkan dengan keadaan muka yang cacat dapat menjalani pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Kanak-kanak itu, Little Maddison Biddlecombe pernah merayu kepada keluarganya supaya anak kuda yang bernama Diego itu tidak dibunuh kerana mempunyai rupa paras yang pelik.
Biddlecombe berharap dapat mengutip dana untuk membiayai operasi pembedahan yang dilakukan oleh seorang doktor gigi kuda yang dijangka mencecah kos sebanyak £4,000 (RM18,889).
Diego dilahirkan pada 12 Mei 2010 dengan masalah Sindrom Hidung Senget yang menyebabkan kuda itu mempunyai sebatang hidung yang bengkok dan rahang yang terkehel.
"Saya sangat sayangkannya dan dia membenarkan saya menciumnya dan memeluknya," kata kanak-kanak tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: