SHAH ALAM - Seramai 21 individu disyaki bookie judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang mengendalikan pertaruhan mencecah RM5 juta ditahan dalam 13 siri serbuan di Selangor dalam tempoh seminggu bermula 18 Jun lalu.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Omar Mammah berkata, tangkapan itu melibatkan 18 suspek lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warganegara China yang berumur antara 24 hingga 57 tahun.
Menurutnya, lokasi serbuan membabitkan empat kes di Gombak, Ampang Jaya (tiga kes), Subang Jaya (dua kes) serta Kuala Langat, Petaling Jaya, Klang dan Sabak Bernam masing-masing satu kes.
"Dalam operasi itu, kami menyerbu pelbagai premis seperti rumah, siber kafe dan restoran yang dikenal pasti dijadikan tempat menerima pertaruhan di kalangan kaki judi," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: