Thursday, June 24, 2010

Benarkah Lawak Senario Sudah Basi?

MUNGKIN ramai yang berpendapat lawak-lawak yang dibawa oleh ahli kumpulan Senario semakin tidak menyengat berbanding 10 tahun lalu.

Dalam erti kata lain lawak kumpulan itu boleh dianggap sudah basi dan ketinggalan zaman.

Senario juga dilihat gagal melakukan perubahan dalam lawak-lawak mereka.

Namun bagi anggota kumpulan itu, Azlee dan Mazlan, lawak mereka masih lagi releven dan diterima oleh peminat-peminat Senario.

Malah filem terbaru Senario The Movie Episod 2:Beach Boys berjaya mendapat kutipan pecah panggung RM3.3 Juta.

"Kita berlakon ikut skrip yang diberikan, jika ada sepuluh skrip mungkin satu daripadanya ada yang tidak kelakar tapi pada saya sebagai pelawak, kami sudah buat yang terbaik.

"Setiap perkara pun lama-kelamaan orang akan bosan. Kita tidak boleh kawal apa yang orang suka atau tidak suka dan saya pasti Senario sendiri akan ada pelapis.

"Selama mana kami boleh pergi, peminat yang tentukan namun begitu saya harap nama Senario akan menjadi lagenda sebagai kumpulan lawak nombor satu negara," jelas Azley.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyifatkan hubungan baik antara anggota Senario menjadikan mereka kekal sehingga kini.

"Memang sukar untuk kekalkan hubungan dalam kumpulan, banyak kumpulan yang kita lihat sekarang ini tidak kekal lama.

"Apa yang kami lakukan ialah anggap hubungan kami sebagai adik beradik. Namun demikian kami bersama atas dasar kerja selain untuk mencari rezeki semata-mata bukan kerana mengejar populariti," jelasnya.

Dalam pada itu mengulas tentang watak untuk filem terbaru Ops Pocot , Mazlan yang bakal membawakan watak seorang penakut menganggap ia agak mencabar.

"Watak kali ini berlainan daripada filem-filem sebelum ini. Saya terpaksa menjiwai watak seorang yang penakut sehingga menyusahkan orang lain," katanya.

Manakala Azley bakal membawakan watak lelaki lembut, biarpun kelihatan mudah namun baginya untuk menghidupkan unsur lawak yang lain daripada lain adalah satu cabaran.

"Watak lelaki lembut sudah biasa kita jadikan bahan lawak namun untuk beri kelainan saya akan membuatkan dia lebih gila," kata Azley yang berharap filem tersebut juga mencecah kutipan pecah panggung.

Filem yang diarahkan oleh Ismail Bob Hasim ini dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan.

2 comments:

  1. saya rasa senario feymes sbb apek dan yasin. bila diorg kuar lawak senario camhampeh. harapkn azlee je psl dia buleh buat mimik muka yg lawak. cair juge lubang pusat aku gelak. kalau mazlan dia harap trumpet dia aje. kalau masa dulu2 trumpet dia le yg bikin gempak. tp skrg trumpet dia tu dh basi. skrg urg buat beatbox. wahid.. dulu aku minat masa dia muda2, zaman tengah hensem, buleh kata antara senario dia je yg hensem, muka bersih. tp lepas konsert yg melibatkan apek baring atas pentas, pastu wahid taruk buah dekat anu apek.. lawak tu memang lawak, tp tak sesuai.. setat tu aku tak minat. udah tu lawak dia tak kelakar langsung. lawak apek kalau korg perhati mcm lawak bodoh jer. tp yg ajaibnya, kalau dia buat sumer org buleh gelak. cuba kalau kita yg buat lawak dia, tak menjadik. lawak yasin pulak selamba. cuma aku tak minat kalau dia rambut panjang. personaliti dia terus berubah seakan perasan hensem. biasa la, kalau laki2 rambut panjang mesti nak show-off. aku lebih suka kalau yasin rambut pendek, nampak innocent..

    ReplyDelete
  2. Setujuuuu... ^___^

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: