|
|
AR RAHMAN selaku maestro muzik Bollywood memang diminati ramai dan salah seorang daripadanya ialah Kylie Minoque. Kylie dilihat bertepuk tangan dan menjerit-jerit nama AR Rahman ketika menghadiri acara Jai Ho di Chicago.
Kylie dan AR Rahman mula berkenalan secara rapat ketika sama-sama terbabit dalam filem Blue yang dilakonkan oleh Akshay Kumar dan Sanjay Dutt. Malah AR Rahman merupakan penasihat Kylie sewaktu dia menyanyikan lagu Chinggy Wiggy untuk filem tersebut.
"AR Rahman dan Kylie terus berhubungan secara rapat serta berkomunikasi melalui surat sejak pertemuan tersebut. Kylie juga menyatakan minatnya untuk bekerjasama dengan AR Rahman lagi," kata sumber.
Kylie memberikan kejutan buat AR Rahman dengan menghadiri acara Jai Ho di Chicago di tengah-tengah kesibukannya. Berasa amat terharu , AR Rahman kemudian menulis dalam akaun Twitternya: "Senang sekali dapat bertemu kamu semula, terima kasih kerana datang dan memberiku semangat."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: