Sunday, June 6, 2010

Aqasha bertunang!


SEDONDON berpakaian tradisi rona putih, gambar ini menjadi sebutan ramai membuktikan Aqasha sudah melangsungkan pertunangan baru-baru ini.


INI gambar panas, bukan panas yang sengaja memasukkan diri ke lembah berapi tapi panas kerana nilai beritanya yang mengejutkan ramai.

Hujan tidak, guruh tidak, tiba-tiba sahaja tersebar cerita bahawa aktor tampan bernama Aqasha sudah bertunang.

Selang dua tiga hari selepas angin bertiup kencang, gempar di Internet dengan gambar-gambar bahagia majlis pertunangan hero filem Embun itu dengan seorang wanita rupawan.

Diva bangga dengan keputusan Aqasha sebab cepat-cepat ikat tali pertunangan sebelum kisah cinta diperkatakan ramai. Cekap sungguh Aqasha berahsia! Mungkin dia tidak mahu buat kepoh maklumlah sebelum ini banyak yang bercakap tentang sikap romeo bintang filem yang baru keluar dengan filem V3: Samseng Jalanan itu.

Cuma Diva nak pesan sikitlah. Benda-benda baik macam bab nikah atau tunang begini tak payahlah nak sembunyi-sembunyi sebab banyak mata yang menjadi saksi.

Media tak dijemput tak apa, tapi jawablah telefon bila dihubungi untuk mendapatkan kepastian. Jadi, siapa dan daripada mana gerangan si tunangan Aqasha itu tak dapatlah Diva perincikan!

Ini sahaja yang ada, Diva pinjam sahaja gambar-gambar ini daripada laman-laman Internet khas untuk tatapan peminat Diva.

1 comment:

Tinggalkan Komen Anda Sini: