EKORAN Syahrini didakwa tinggal serumah dengan Anang, anak lelaki Kris Dayant bernama Azriel berasa marah dengan gosip itu.
"Azriel sangat marah kerana dia tahu itu tidak benar," ujar Anang ketika ditemubual detikhot di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Anang, anaknya tidak suka dengan segala gosip yang menerpanya. Sementara puteri sulungnya, Aurelle memberikan pandangan berbeza.
"Aurelle happy-happy saja," tuturnya.
Sementara itu, Syahrini saat ditemui bersama Anang, mengaku engggan melayan semua gosip sekarang. Dia tidak mahu memberikan komen kerana menurutnya cerita yang ada hanyalah rekaan.
Tambahnya, gosip-gosip itu sekarang membuat keluarganya tidak tenang. Baginya ini baru pertama kali dia dilanda pelbagai gosip.
"Mungkin ini cubaan buat saya," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: