Ahad lalu nama Alyah melalui lagunya Tak Mungkin Kerana Sayang menjadi sebutan apabila mengungguli pertandingan Gah 1. Selain lagu tersebut yang diumumkan sebagai Lagu Terbaik, Alyah sendiri menang kategori Persembahan Terbaik. Bagi yang mengikuti perjalanan kerjaya seni Alyah, pasti dapat berasa betapa anugerah itu sangat berharga setelah melalui pelbagai pahit getir mencipta nama. Perjalanannya tak semudah artis lain. Sebab itu Alyah sangat teruja dengan kemenangan tersebut. "Memang pada mulanya Alyah tak jangka akan memang. Memang Alyah tak harap pun sebab Alyah dah biasa melalui kegagalan. Tapi sebelum menyanyi Alyah dah tekad mahu membuat persembahan terbaik kerana inilah peluang terakhir Alyah bertanding menerusi lagu ini."Selepas ini tiada lagi pertandingan untuk lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Tak sangka pula pertandingan terakhir ini membawa kemenangan kepada Alyah," kata Alyah yang kini popular dengan lagu Realiti Dewi. Alyah akan menghasilkan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Sebelum itu dia akan memasarkan single baru terlebih dahulu. "Alyah dah siap rakaman dua buah lagu dan akan menyusul lagu-lagu lain pula selepas ini. Alyah dah rakam lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan Omar K. "Alhamdulillah kerjaya Alyah berjalan lancar dan semakin sibuk dengan undangan persembahan dan undangan menghadiri majlis anjuran pihak tertentu," katanya yang bergerak melalui syarikat sendiri Like Music Entertainment. Bila ditanya sama ada dia sudah mengecap kejayaan sekarang, Alyah ketawa. Ketawanya kedengaran lain macam. Ada makna di sebalik tawa itu. "Bila Che Li (saya) tanya sama ada saya sudah berjaya atau tidak, saya tak boleh nak tahan ketawa sebab Che Li melihat sendiri dan tahu bagaimana keadaan Alyah semasa awal pembabitan sehingga hari ini. Memang Alyah syukur sangat dengan apa yang Alyah lalui hari ini. Benar, saya sudah membuat liputan pasal perjalanan kerjaya Alyah sejak awal kemunculannya. Semasa Alyah hadir dengan album sulung sekitar tujuh tahun lalu, saya pernah bersama-samanya. Alyah pernah menjuarai Bintang HMI. Pada masa itu Alyah macam tak tahu apa tujuannya terjun ke dunia seni. Apatah lagi bapanya tidak merestui. Lebih malang apabila bapanya meninggal dunia selepas dia jadi penyanyi. Kerjaya seninya terumbang-ambing dan sentiasa menerima nasib malang. Lagu tidak menjadi. Alyah kemudian menyertai One In A Million musim pertama, tapi kandas awal. Penyertaannya dalam kumpulan One Nation Emcees dan Fabulous Cat juga meninggalkan kesan tidak baik. Akhirnya Alyah nekad muncul secara solo tahun lalu. Kemunculannya kali ini mendapat sokongan penuh keluarga yang sedia melabur untuk memberi semangat kepada Alyah. Agaknya berkat restu keluarga, barulah Alyah mula mengorak langkah jaya. |
Wednesday, June 2, 2010
Alyah kini di persada
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: