Sunday, June 27, 2010

Aida Aris dah ada kekasih baru


ADAKAH kekasih baru aida?


LAMA juga rasanya tak dengar cerita tentang pelakon Aida Aris ini walaupun wajah manisnya sering kali terpampang di televisyen.

Tapi sehingga hari ini rasanya dah tak banyak kisah Aida menjadi perhatian pihak media memandangkan tak ada isu baru yang dimainkan kecuali cerita cintanya.

Sebelum ini Aida pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan Bob Azrai, tetapi hanya bertahan untuk seketika. Selepas itu Aida menjalinkan cinta dengan Zul, vokalis kumpulan Handy Black. Lama jugak dia orang ni bercinta, asyik-masyuk sungguh.

Rasanya ramai yang dah tahu hubungannya dengan Zul Handy Black dah berakhir dan masing-masing membawa haluan yang sendiri atas sebab- sebab yang hanya mereka sahaja tahu.

Syed tertanya-tanya juga apakah kesudahan cerita cinta mereka dan apa juga kesudahan syarikat Cinta Kasih yang telah ditubuhkan kira-kira dua tahun yang lalu? Adakah masih beroperasi atau sudah berkubur seperti cinta mereka juga?

Beberapa hari lalu, ada e-mel yang masuk mengirimkan gambar Aida bersama dengan seorang lelaki yang dikatakan sebagai orang baru yang berjaya menawan hatinya.

Mengikut sumber tersebut,lelaki berkulit hitam manis itu merupakan kekasih baru Aida dan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta ke tahap yang lebih serius. Tengok gambar ni, bukan main senyum manis lagi kedua-duanya.

Tapi serius yang bagaimana tak pula Syed ketahui. Sebelum ini pun Aida pernah dilihat keluar dengan seorang lelaki yang lebih tua dari dirinya keluar makan malam dan duduk di tempat tersorok.

Syed cuba juga menghubungi Aida untuk mendapatkan penjelasan. Tapi nampaknya panggilan tak berjawab. Tak mengapalah, mungkin dia sibuk. Kita sembang lain kali ya Aida.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: