Monday, June 7, 2010

Afrika Selatan lebih daripada bersedia


PRESIDEN Afrika Selatan, Jacob Zuma (kanan) ketawa ketika memegang tropi Piala Dunia bersama Presiden FIFA, Joseph Blatter.


JOHANNESBURG - Afrika Selatan lebih daripada bersedia untuk menjadi tuan rumah peringkat akhir bola sepak Piala Dunia 2010, kata Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma semalam, lima hari menjelang sepak mula kejohanan itu.

"Bagi kami ia (Piala Dunia) telah pun bermula. Kami sangat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah bagi acara dunia yang bersejarah dan luar biasa ini," kata Zuma.

Beliau juga menyatakan terima kasih kepada Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan, Nelson Mandela kerana usahanya membawa acara sukan tersohor itu ke Afrika Selatan yang merupakan antara negara termiskin di dunia buat julung kalinya.

"Pada saat ini, adalah baik jika saya mengucapkan terima kasih kepada presiden pengasas dan ikon, Nelson Mandela kerana kepimpinannya yang penuh dengan visi dan sifat kenegaraannya.

"Beliau juga berusaha keras dalam membawa kami (Afrika Selatan) untuk menempuh saat penuh gemilang ini," kata Zuma.

Zuma turut memberitahu, beliau berharap Mandela dapat menghadiri acara sepak mula pada Jumaat ini. Biarpun keadaan mantan presiden berusia 91 tahun itu kurang sihat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: