Tuesday, June 15, 2010

20 nelayan Thailand nyaris maut


Inilah bot pukat tunda yang dinaiki 20 nelayan yang terputus dua selepas dirempuh sebuah kapal misteri di perairan Pulau Lang Tengah, Terengganu kelmarin.


BESUT - Nyawa sekumpulan 20 nelayan warga Thailand ibarat telur di hujung tanduk selepas bot pukat tunda yang mereka naiki ketika menangkap ikan di perairan Pulau Lang Tengah dekat sini dilanggar sebuah kapal misteri kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi, bot pukat tunda seberat 42 tan yang dinaiki kumpulan nelayan terbabit terputus dua sebelum tenggelam ketika berada pada jarak 12 batu nautika dari Pantai Setiu.

Kejadian itu menyebabkan seorang awak-awak bot itu koma akibat lemas. Bagaimanapun 19 yang lain tidak cedera.

Tekong bot, Sakree Waesamae, 45, berkata, ketika kejadian mereka sedang menaikkan pukat sebelum ternampak sebuah kapal yang dipercayai dari Thailand menuju ke arah bot mereka.

"Suasana sebelum itu tenang sebelum bertukar kelam-kabut apabila kami melihat sebuah kapal seberat 300 tan menuju ke arah kami.

"Saya dan semua awak-awak terjun ke laut kerana nampak kapal itu terlalu dekat dengan kami," kata Sakree ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: