|
|
HOUSTON - Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk kanak-kanak dikhuatiri terbunuh manakala 36 lagi masih hilang apabila banjir kilat melanda sebuah tapak perkhemahan popular dekat sini kelmarin.
Gabenor Arkansas, Mike Beebe yang turut meninjau kawasan kejadian itu berkata, semua mangsa dipercayai sedang tidur apabila hujan lebat berterusan mengakibatkan air sungai Little Missouri naik mendadak sehingga enam meter.
Polis terpaksa menggunakan beberapa buah bot dan helikopter untuk mengesan mangsa dan menganggarkan lebih 300 orang berkhemah di kawasan perkhemahan rekreasi Albert Pike ketika kejadian pada awal subuh Jumaat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: