
SENARAI lima calon akhir bertanding dalam 16 kategori Anugerah Bintang Popular 2009 (ABP 2009) sudah diumumkan di Royal Ballroom 3, Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
![]() |
| |
Jika diperhatikan, ramai bintang yang baru di laman seni menjadi calon ABP 2009 manakala penyertaan artis-artis senior dilihat tetap ada walaupun tidak seramai tahun-tahun sebelumnya.
Yuna, Stacy, Mila, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain, Black, Lisa Surihani, Scha Alyahya, Liyana Jasmay, Putri Mardiana, Tiz Zaqyah, Fizo Omar, Remy Ishak, Fizz Fairuz, Zizan dan Aizat menjadi antara anak seni yang dianggap sebagai pelapis.
Biarpun masih mentah, muka-muka baru itu menerima sokongan tidak berbelah bagi daripada pemuja masing-masing. Ia sekali gus membuatkan majlis penganugerahan tersebut menjadi lebih menarik dan segar kelak.
Ketika sibuk mencanangkan karpet merah yang dibentangkan kepada bakat-bakat muda pada ABP 2009, usah dilupakan pula kekuatan yang dimiliki beberapa anak seni berpengalaman.
Mereka terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Afdlin Shauki, Maya Karin, AC Mizal, Aznil Nawawi, Linda Onn, Saiful Apek, Fara Fauzana dan Faizal Ismail.
Melalui hasil kerja yang ditunjukkan selama ini dan produk yang boleh diterima khalayak, nama-nama mereka masih boleh diiktiraf untuk membawa pulang trofi ABP 2009.
![]() |
| DARI kiri: Akim, Hafiz dan Ariel merupakan antara muka baru yang bersaing dengan artis lama dalam Anugerah Bintang Popular 2009. |
Pemenang Bintang Paling Popular ABP 2009 bakal memenangi sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L bernilai RM130,000, barangan emas Habib Jewels, perabot bernilai RM30,000 dan pakej penginapan mewah tiga hari dua malam di Head Of State Suite tajaan Hotel Palace Of The Golden Horses.
Selain trofi, pemenang bagi setiap kategori pencalonan bakal memenangi pelbagai hadiah menarik seperti barangan kemas Habib Jewels dan perabot bernilai RM5,000.
Untuk mengetahui pemenang-pemenang, jangan lupa untuk menyaksikan ABP 2009 yang menampilkan tema puncak kegemilangan bakal berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang 4 April nanti.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: