Tuesday, February 9, 2010

Daki 1,037 anak tangga di bangunan unik


SEORANG pelari mendaki tangga di bangunan Gherkin di London kelmarin.


SYDNEY - Seorang seniman jalanan terkenal, Chayne Hultgren menunjukkan aksinya menelan 18 bilah pedang secara serentak di sini semalam.

Dia memecahkan rekod Guinness World Records yang dipegangnya sendiri dua tahun lalu apabila dia telah menelan 17 bilah pedang secara serentak.

"Ia mengagumkan. saya berasa amat gembira," katanya yang berumur 31 tahun.

Dia mula berlatih semasa berumur 16 tahun.

"Ia tidak berbahaya jika anda mengetahui cara untuk melakukannya tetapi ia bukan sesuatu yang disyorkan oleh doktor," katanya.

Dia akan menelan pedang itu secara serentak sebelum mengeluarkannya semula.

"Bagi acara ini, saya melakukan banyak latihan dan meditasi. Saya turut belajar cara mengawal otot dan organ dalaman saya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: