Tuesday, February 9, 2010

Bertugas selepas 7 jam lahir anak


HELAN WRIGHT mendukung Jessica.


CALNE, Britain - Seorang guru bear, Dr. Helen Wright bertugas di Sekolah St. Mary's Calne di sini tujuh jam selepas dia melahirkan anak ketiga, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia sanggup membawa anak perempuannya itu untuk menyusu ke sekolahnya pada waktu tengah hari setelah melahirkannya pada waktu pagi di sebuah hospital.

"Pada hari saya mahu melahirkan Jessica (anak perempuannya), saya pergi ke sebuah hospital di Bath pada pukul 5.45 pagi.

"Tempoh saya melahirkannya kurang sejam dan saya dibenarkan keluar tiga jam kemudian.

"Saya kembali semula ke sekolah itu selepas waktu tenagh hari dan memperkenalkannya kepada semua orang," katanya yang berumur 39 tahun.

Dia merupakan salah seorang guru besar yang termuda di Britain apabila dilantik memegang jawatan itu semasa berumur 30 tahun.

Jessica yang kini berusia lapan minggu menjadi popular di sekolah itu.

Menurut guru besar itu, sikap anaknya yang tidak mudah marah itu menyebakan dia berasa selesa untuk bekerja di sekolah tersebut.

"Ramai pelajar perempuan suka pada Jessica. Kebanyakannya tidak pernah melihat bayi yang baru lahir," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: