Saturday, February 20, 2010

Britain, AS, Australia keluar amaran


SEJUMLAH penyokong Thaksin berhimpun di luar Bank Bangkok di Bangkok semalam.


BANGKOK - Sejumlah penyokong bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra melakukan tunjuk perasaan di sini semalam.

Tindakan penunjuk perasaan itu menyebabkan sebuah ibu pejabat bank terpaksa ditutup.

Penunjuk perasaan itu terdiri daripada 2,000 hingga 3,000 orang dan mereka berhimpun di sebuah lokasi di sini sebelum sebuah mahkamah bersidang bagi menentukan sama ada aset milik Thaksin perlu dirampas.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Australia dan Britain mengeluarkan amaran perjalanan kepada rakyat masing-masing supaya berada jauh daripada tempat perhimpunan itu.

Penunjuk perasaan itu berhimpun di ibu pejabat Bank Bangkok di Jalan Silom yang menempatkan ratusan anggota polis.

Walaupun tunjuk perasaan itu diadakan dengan aman, bank tersebut ditutup pada waktu tengah hari manakala 3,000 pekerjanya diarahkan pulang.

Sasaran tunjuk perasaan itu ialah penasihat kerajaan Thailand, bekas jeneral Prem Tinsulanonda yang dianggaps sebagai pemimpin utama satu rampasan kuasa tentera dengan mengakibatkan Thaksin disingkirkan pada 2006.

Thaksin dikenakan hukuman penjara dua tahun pada 2008 berhubung dakwaan konflik kepentingan.

Namun, dia melarikan diri dan tidak pulang ke Thailand kerana takut ditangkap dan dipenjarakan.

Prem ialah Presiden Majlis Privi yang menasihati pemerintah Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

Beliau turut menjadi penasihat Bank Bangkok yang merupakan antara bank paling besar di Thailand.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: