CANBERRA - AUSTRALIA . Pantai timur Australia termasuk Sydney dibadai ribut luar biasa, semalam yang turut menyebabkan banyak pokok tumbang selain ribuan penduduk terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik terputus.
Lapangan Terbang Sydney turut menutup dua daripada tiga landasannya berikutan angin kencang yang turut menjejaskan jadual penerbangan domestik dan antarabangsa.
Menurut jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Negeri, ratusan penduduk di seluruh New South Wales juga dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan ramai pengguna jalan raya dilaporkan terperangkap dalam banjir.
Sementara itu, Biro Meteorologi memaklumkan ribut yang membawa angin kencang sehingga 125 kilometer sejam itu membawa hujan lebat antara 100 milimeter (mm) dan 200 mm dengan paras tertinggi, 469 mm di Sungai Wooli.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: